Friday, May 16, 2014

Whitworth Park dan musim Summer yang panas

Pertengahan bulan mei menandakan musim yang paling ditunggu rakyat Britain iaitu Summer. Ketika ini subuh sangat awal iaitu jam 2.30 pagi dan maghrib jam 9.30 mlm. Masa yang banyak untuk beraktiviti di luar. Berbeza dengan winter kerana 3.30 ptg dah masuk maghrib jadi kurang waktu untuk aktiviti luar.
Taufiq seronok dapat main atas rumput yang lembut (kat sini tiada pokok semalu, jadi tidak sakit jika pijak tanpa kasut).

Orang-orang disini mengambil kesempatan berpiknik sambil berbaring menikmati panasnya summer. Anak-anak juga tidak perlu lagi memakai jumper/ jaket kerana suhu mencapai 20-21 darjah celcius. Thaqif dan 'Aisy mengejar buih2 sabun yang berterbangan.




Antara fasiliti di whitworth park.






Sekian.


No comments:

Post a Comment