Semasa mengandungkan thaqif, kebetulan ofis berhadapan dengan Street Mall (pusat kedai-kedai dan restoren di Cyberjaya). Hampir setiap pagi akan pergi makan roti canai telur mamak beserta teh ais/ milo ais/ neslo ais. Memang kelaparan kalau tidak bersarapan pagi itu. Semenjak berada di bumi UK ini, baru kali pertama kami makan roti canai di sebuah restoren malaysia (namun owner nya asal malaysia tapi dah bermastautin di sini). Harga 2 keping roti canai kosong 4.5 pound!! Teringin punya pasal, order lah. Itu yang pertama dan terakhir. Ada juga malaysians yang buat tapi jarang sangat dan kebiasaannya akan habis begitucepat sekali.
Alternatif kepada roti canai malaysia (namun, langsung tidak dapat menandingi. hehe) ialah ready-made roti paratha yang dibeli daripada kedai pakistan Worldwide Supermarket. Ia dalam bentuk sejuk-beku, dan untuk menggorengkannya, perlu menggunakan pan non-stick seperti jenama Tefal.
Jenama yang kami gemar ialah Mon Salwa Paratha. Ia agak nipis berbanding yang lain dan agak murah. 20 pieces dalam 2.5 pound.
Cuma letak di atas pan, dan terbalikkan beberapa kali. Inilah pan tefal kami yang berbakti di Manchester ini, digunakan begitu kerap sekali (kalau kat malaysia kuali mesti nampak baru sebab jarang masak =p)
Ni hasilnya. Sedap jugalah, boleh makan dengan kari ayam, tuna, scramble egg, dan coklat.




No comments:
Post a Comment