Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, berpeluang pergi ke
Carboot terbuka di Middleton, Manchester. Terdapat 2 kategori
Carboot: terbuka dan tertutup, kebiasaannya carboot diadakan pada hari ahad, namun terdapat juga
Carboot one-off yang diadakan sekali sahaja dan bersempena cuti umum. Carboot Bowlee ni terbuka dan one-off ketika cuti bank holiday. Kami buat keputusan untuk pergi juga agak 'last-minute' kerana memikirkan tempantnya agak jauh. Memang untung mereka2 yang ada kereta. Cab sahaja pergi balik 40 pound (lebih kurangRM200!!). Hasil-hasil carboot: tidak lain hanyalah mainan anak-anak 2nd hand. Yang paling kami suka adalah kerana barang mainan dijual dengan harga murah 50 pence-2 pound dan barangnya kelihatan baru kerana dijaga dengan baik (saya 'assume' org2 sini anak tak ramai, jadi mereka pakai sekali dua aje. Kalau di malaysia hancur mainan dah tak boleh guna..=p ) Keluasannya dalam setengah ekar jugaklah, tak habis kami round kerana datang agak lewat dan carboot akan ditutup pada jam 1.30 tghr.
Ni hasil dapatan kami =). Anak sulung saya suka sangat dengan permainan kereta nya. Harga
walker taufiq (yang sebelah kanan) kalau baru brand chicco 39.90 pound. Kami beli 2 pound sahaja dan masih elok lagi keadaannya.
Keadaan di Bowlee Carboot, Middleton.
Thaqif menanti abinya membukakan aiskrim. Time sejuk pun nak aiskrim jugak. =)
Gambar di bawah ini antara contoh carboot tertutup di Bowlers (berdekatan dengan stadium Old Trafford). Carboot ni merupakan yang pertama kami pergi setelah 3 hari berada di Manchester.
Haa, yang terakhir ni gambar basikal thaqif berharga 1pound, kami beli di one-off carboot di Hulme. Berdekatan ASDA (seakan GIANT di malaysia):
No comments:
Post a Comment