Monday, May 19, 2014

ASDA ~ pusat beli belah keluarga yang kami amat senangi

ASDA lebih dilihat sebagai GIANT UK. Terdapat banyak cawangan disekitar Manchester dan kawasan lain. Barangan disini agak murah berbanding kedai-kedai runcit mahupun supermarket (boleh compare sendiri). 

Ini gmbar makanan bayi sahaja. Penuh dengan pelbagai jenama. Kebanyakan makanan bayi disini organik (tiada bahan tambahan dan prosesnya juga tidak merbahaya kepada sistem penghadapan bayi). Ada pilihan untuk yang 4 bulan keatas dan 7 bulan ke atas. Kebiasaannya, saya akan beli stok seminggu hingga dua minggu (kalau tak sempat atau malas rajin masak makanan taufiq, inilah makannnya). Kebiasaannya saya akan rotate makanan taufiq agar tidak boring dan pelbagaikan.


Ini pula kenderaan utk disabled. Boleh operate sendiri, ada basket, cuma perlukan syiling 2 pound rasanya.


Ini tempat parking basikal.


Yang ini tempat faveret thaqif, ada dog n angry bird. Setiap kali ke ASDA wajib naik, penat juga nak pujuk masuk!


Ini pemandangan dari luar.


Ini tempat pejalan kaki dan basikal sebelah ASDA. Di tepi jalan besar.


Ini kilang arak yang sgt besar bertentangan dengan ASDA. Kalau kami jalan kaki ke ASDA, mesti lalu kilang ini. Masa awal-awal ke sini, mmg nak termuntah lalu tepi kilang ni. Lama-lama dah lali agaknya.


Tgh tunggu signal hijau untuk seberang jalan ke ASDA.


Oh ya, ASDA menyediakan khidmat online dan delivery juga, rakan kami selalu guna (macam TESCO buat di Malaysia). Namun, kami lebih gemari pergi dan pilih di sana. Sekian.

No comments:

Post a Comment