Friday, May 16, 2014

Khidmat kereta sewa di Manchester

Alhamdulillah, kami berpeluang menyewa kereta beberapa kali di bumi Manchester ini. Kereta pertama merupakan kereta Volkswagen Golf baharu. Disini, khidmat kereta sewa sangat sistematik; ditempah online dan servisnya memang hebat (boleh minta GPS, carseat anak-anak, khidmat penunjuk arah melalui telefon dsbgnya).

Gambar dibawah ini interior kereta VW Golf. Kami mengambil masa yang agak lama untuk belajar cara stat enjin kerana kereta ini tidak menggunakan kunci! Alhamdulillah, suami tenang sahaja berusaha membawa kereta. Kereta sewa boleh didapati dengan harga serendah 20 pound sehari (untuk manual), namun kerana kami tidak ingat dan tidak berani membawa kereta manual, harganya mencecah 40 pound sehari untuk kereta automatik. Bilangan kereta automatik agak limited kerana kebanyakan orang lebih gemar yang manual.


Bergaya! =) Mana taknya, kat Malaysia bawa Myvi aje..




Kereta kedua dan ketiga ketika mama, abah dan muhib datang ke Manchester. Salah satunya ialah Peugeot 5008, sebuah MPV dengan 7 tempat duduk. Disini, hanya pemandu berusia 30 tahun keatas sahaja layak membawa MPV saiz besar (lebih 7 tempat duduk), dan hanya pemandu berusia 25 tahun keatas sahaja boleh membawa MPV kecil dan sederhana. Lesen Malaysia (dan Antarabangsa) boleh digunakan dalam tempoh setahun berada di UK.

No comments:

Post a Comment