Yang ni pula nasi lemak ayam goreng dan telur rebus separuh dengan harga 3.5pound.
Disini, para surirumah mengambil kesempatan menjual makanan malaysia kepada orang-orang disini. Penghantaran biasanya akan dibuat ke rumah dan itu merupakan salah satu faktor tarikan kepada para pelajar terutama ketika di ambang peperiksaan akhir semester. Menariknya, kos bahan mentah agak murah di Manchester. Contohnya ayam (chicken legs) sekotak boleh dibeli dengan harga 11.99pound (dalamnya boleh dapat 15-18 pieces chicken legs), dan boleh dipotong lagi kepada 2-3 bahagian. Kebiasaanya kami akan simpan stok ayam itu selama seminggu hingga 2 minggu bergantung kepada kekarapan memasak.
Kat bawah ni contoh menu makanan yang kakak-kakak ni buat. Rajin yang amat! yang ni untuk mengumpul dana salah satu program anak-anak di musim cuti persekolahan. Siap ada poster lagi =).
Kat bawah ni pulak nasi ambeng jualan k.shida berharga 4.5 pound. Memang sedap, Subhanallah! 2 kali makan kerana kuantitinya yang banyak. Menurut k.shida, semua bahan didapati daripada kedai Wing Yip (kedai cina) kecuali ikan masin sahaja dibawa dari Malaysia.
Oh ya, jualan biasanya semakin rancak ketika musim peperiksaan. Sehingga ada surirumah yang menjual 3-4 hari dalam seminggu dan membuat penghantaran ke rumah bagi memudahkan adik-adik yang sedang menghadapi peperiksaan.






No comments:
Post a Comment