Bismillahirrahmanirrahim..
Harini, kuteruskan perjuangan menyiapkan Master of Philosophy di perpustakaan Bandar Baru Bangi. Entah kenapa, rasa ambiens disini menenangkan dan memberi inspirasi untukku terus berjuang, memahami ilmu yang hanya setitis air di lautan.
Tatkala sedang sibuk memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk dimasukkan dalam tesis, ku melihat dan mengkaji semula buku rujukan uatama masterku. Ternyata BANYAK sangat perkara yang ku masih tak fahami. Subhanallah, walaupun baca berulang kali, namun masih belum difahamai. Ternyata ilmu itu hanya milik Allah. Walau sehebat mana pun IQ kita, walau setinggi mana pun taraf pendidikan kita, semua itu hanya sebahagian dari rencana Allah untuk hambaNya, tak kisahlah dia beriman ataupun tidak.
Sebuah mesej daripada WhatsApp tadi benar-benar menyentak jiwa ini yang selalu merasakan bahawa usaha semata-mata tidak cukup untuk berjaya. Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia sahaja fikirannya sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan campakkan macam-macam penyakit dalam dirinya:
1. Kebingungan yang tiada utus-putus
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya
3. Keperluan yang tidak pernah merasa kecukupannya
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya
[hadith riwayat Muslim]
Subhanallah! Betapa kerdilnya manusia itu, yang dilihat sebagai robot-robot sahaja. Setiap hari memikirkan kerja dan sesuap nasi untuk teruskan hidup, lantas melupaka tujuan asal penciptaan manusia dan tujuan keberadaan di bumi ini: menjadi hamba Allah yang Maha Berkuasa itu!TT
Inilah travelog keluarga kami ke bumi Manchester. Alhamdulillah, dengan izinNya, kami berpeluang menjejakkan kaki ke sini dan merasai nilai-nilai tarbiyyah disini.
Wednesday, October 15, 2014
Monday, May 19, 2014
Oh My English!
Bismillahirrahmanirrahim..
This entry will be fully written in english. When people talk in english, some people say they 'boast' and 'berlagak' (in malay). To me, when you talk about any language, practice makes perfect. Eventhough you have misspellings here and there, I don't think that you should stop reading, speaking and even writing in English. Here, in the UK, people talk british (pronounced as Brit-ish) and the first person we mat at the school during registration and orientation, was a British native speaker, and we could'nt understand what he was talking. The longer we lived here, we got quite used with the pronunciation, yet, sometimes we still have to ask them to repeat by saying 'pardon me', or 'could you repeat again?' sort of thing.
Alhamdulillah, me and my siblings were given the opportunity to school in Australia for about nearly 4 years. And that experience really brushed up my english in both speaking and writing. Yet, if you don't practice them, the language will just fade away and you'll become awkward by then. Alhamdulillah, my peers from Hidayah loves talking in English, and we converse in malay-english language (or people say campurization!). The same goes to children of Malaysians who get the chance to school here. They are like sponges and they learn really fast, plus they even have the British accent!
There is one Malaysian to become the 1st professor in Oxford, UK. He knows more than 4 languages! Perhaps 5/6 languages including french. That's superb!
To those who are ashame of talking in english, put your shame away! Try to speak, and try to write in English. Don;t be afraid, but please be open to critics. It makes you better-off.
Writing a thesis fully in English is challenging but yet I am deterministic and optimistic to produce the best. In academia, you are required to be knowledgable in your area of expertise YET you have to know how to deliver them well too! And that is language.
Till then. May Allah ease all our efforts..Ameen!

ASDA ~ pusat beli belah keluarga yang kami amat senangi
ASDA lebih dilihat sebagai GIANT UK. Terdapat banyak cawangan disekitar Manchester dan kawasan lain. Barangan disini agak murah berbanding kedai-kedai runcit mahupun supermarket (boleh compare sendiri).
Ini gmbar makanan bayi sahaja. Penuh dengan pelbagai jenama. Kebanyakan makanan bayi disini organik (tiada bahan tambahan dan prosesnya juga tidak merbahaya kepada sistem penghadapan bayi). Ada pilihan untuk yang 4 bulan keatas dan 7 bulan ke atas. Kebiasaannya, saya akan beli stok seminggu hingga dua minggu (kalau tak sempat atau malas rajin masak makanan taufiq, inilah makannnya). Kebiasaannya saya akan rotate makanan taufiq agar tidak boring dan pelbagaikan.
Ini pula kenderaan utk disabled. Boleh operate sendiri, ada basket, cuma perlukan syiling 2 pound rasanya.
Ini tempat parking basikal.
Yang ini tempat faveret thaqif, ada dog n angry bird. Setiap kali ke ASDA wajib naik, penat juga nak pujuk masuk!
Ini pemandangan dari luar.
Ini tempat pejalan kaki dan basikal sebelah ASDA. Di tepi jalan besar.
Ini kilang arak yang sgt besar bertentangan dengan ASDA. Kalau kami jalan kaki ke ASDA, mesti lalu kilang ini. Masa awal-awal ke sini, mmg nak termuntah lalu tepi kilang ni. Lama-lama dah lali agaknya.
Tgh tunggu signal hijau untuk seberang jalan ke ASDA.
Oh ya, ASDA menyediakan khidmat online dan delivery juga, rakan kami selalu guna (macam TESCO buat di Malaysia). Namun, kami lebih gemari pergi dan pilih di sana. Sekian.
The Gallery Apartment
Apartment yang kami tinggal di Manchester ini terletak di The Gallery, Moss Lane East, M144LB. Alhamdulillah, memang dipermudahkan ketika mencari rumah sebelum datang ke Manchester. Memang jatuh cinta dengan Apartment 11, The Gallery!
Ni gambar salah sebuah bilik. Lengkap dengan katil, meja sisi dan almari (penyidai, mainan dan buaian tidak termasuk ye).
Ni pula pemandangan ruang tamu kami. Meja study tu kami kutip dari tempat sampah belakang rumah (jangan bayangkan tempat sampah di Malaysia ye, kat sini, tempat sampahnya bersih, dan barang2 yang dibuang masih elok lagi). TV tu ada senior bagi, masih elok keadaannya.
Ni pula gmbar perhiasan di dalam rumah kami (biasanya owner rumah yang sediakan, walaupun di manage oleh agen)
Akan repost ttg rumah. Gambar di dalam HP suami, perlu transfer dahulu. Tgh pulun siapkan assignment. Begitulah pabila kedua suami isteri belajar. Time anak-anak di hantar ke pngasuh perlu manfaatkan masa untuk study, buat assignment. time anak-anak ada, erk! mencabar, namun ianya tidak mustahil..Rabbana Yassirlana 'Umuran..Ameen!
Ini pemandangan luar apartment. Ada entrance bertangga dan untuk disabled juga.
Ini entrance kereta. Ada remote control untuk setiap rumah.
Ini pemandangan luar rumah.
Sekian dahulu.
Saturday, May 17, 2014
Roti Canai versi UK
Bismillahirrahmanirrahim
Semasa mengandungkan thaqif, kebetulan ofis berhadapan dengan Street Mall (pusat kedai-kedai dan restoren di Cyberjaya). Hampir setiap pagi akan pergi makan roti canai telur mamak beserta teh ais/ milo ais/ neslo ais. Memang kelaparan kalau tidak bersarapan pagi itu. Semenjak berada di bumi UK ini, baru kali pertama kami makan roti canai di sebuah restoren malaysia (namun owner nya asal malaysia tapi dah bermastautin di sini). Harga 2 keping roti canai kosong 4.5 pound!! Teringin punya pasal, order lah. Itu yang pertama dan terakhir. Ada juga malaysians yang buat tapi jarang sangat dan kebiasaannya akan habis begitucepat sekali.
Alternatif kepada roti canai malaysia (namun, langsung tidak dapat menandingi. hehe) ialah ready-made roti paratha yang dibeli daripada kedai pakistan Worldwide Supermarket. Ia dalam bentuk sejuk-beku, dan untuk menggorengkannya, perlu menggunakan pan non-stick seperti jenama Tefal.
Jenama yang kami gemar ialah Mon Salwa Paratha. Ia agak nipis berbanding yang lain dan agak murah. 20 pieces dalam 2.5 pound.

Cuma letak di atas pan, dan terbalikkan beberapa kali. Inilah pan tefal kami yang berbakti di Manchester ini, digunakan begitu kerap sekali (kalau kat malaysia kuali mesti nampak baru sebab jarang masak =p)
Ni hasilnya. Sedap jugalah, boleh makan dengan kari ayam, tuna, scramble egg, dan coklat.
Friday, May 16, 2014
Khidmat kereta sewa di Manchester
Alhamdulillah, kami berpeluang menyewa kereta beberapa kali di bumi Manchester ini. Kereta pertama merupakan kereta Volkswagen Golf baharu. Disini, khidmat kereta sewa sangat sistematik; ditempah online dan servisnya memang hebat (boleh minta GPS, carseat anak-anak, khidmat penunjuk arah melalui telefon dsbgnya).
Gambar dibawah ini interior kereta VW Golf. Kami mengambil masa yang agak lama untuk belajar cara stat enjin kerana kereta ini tidak menggunakan kunci! Alhamdulillah, suami tenang sahaja berusaha membawa kereta. Kereta sewa boleh didapati dengan harga serendah 20 pound sehari (untuk manual), namun kerana kami tidak ingat dan tidak berani membawa kereta manual, harganya mencecah 40 pound sehari untuk kereta automatik. Bilangan kereta automatik agak limited kerana kebanyakan orang lebih gemar yang manual.
Bergaya! =) Mana taknya, kat Malaysia bawa Myvi aje..
Kereta kedua dan ketiga ketika mama, abah dan muhib datang ke Manchester. Salah satunya ialah Peugeot 5008, sebuah MPV dengan 7 tempat duduk. Disini, hanya pemandu berusia 30 tahun keatas sahaja layak membawa MPV saiz besar (lebih 7 tempat duduk), dan hanya pemandu berusia 25 tahun keatas sahaja boleh membawa MPV kecil dan sederhana. Lesen Malaysia (dan Antarabangsa) boleh digunakan dalam tempoh setahun berada di UK.
Manchester Royal Infirmary (MRI)
Gambar ni adalah bangunan hospital milik kerajaan di Manchester (ini bangunan baru, bangunan lama rasanya dah berusia puluhan tahun/ ratusan tahun). Yang mengkagumkan kami adalah servis serta fasiliti di hospital ini ibarat hospital swasta di Malaysia, malah ada yang lebih baik. Saya sempat melihat bilik bersalin seorang kawan saya yang memilih untuk bersalin dalam air (water-birth), bilik ibarat 'en-suite' dengan kolam seakan spa, gas untuk mengurangkan sakit serta bilik air lengkap di bilik tersebut. Namun, ia juga bergantung kepada 'availability' bilik bersalin tersebut.
Atas ni pemandangan dalam Children's Hospital.
Thaqif seronok tgk ikan dalam aquarium di Children's Hospital.
Tempat menunggu di Emergency Department Children's Hospital: ada buku dan permainan serta aktiviti untuk anak-anak buat. Staf hospital ada yang juga meraikan anak-anak beraktiviti sementara menunggu giliran berjumpa doktor.
Suami pula ada menceritakan mengenai fasiliti wad remaja lelaki di hospital Leeds. Lengkap dengan bilik snooker, games dan lain-lain aktiviti. Ketika itu suami menziarahi seorang pelajar Malaysia yang masuk wad.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Makan 'buffet' Red Hot di Manchester City Centre
Hari ini, suami membawa (belanja =p) makan buffet buat kali ke-2 tanpa anak-anak. Terletak di City Centre (dekat je dengan Pusat Beli Belah Arndale). Menariknya, makanan di restoren Red Hot ini memenuhi citarasa kerana terdapat makanan asia juga. Menggunakan tema 'satu dunia', makanan disini semewah hotel-hotel di Malaysia. Harganya 8.99 pound sahaja (bayangkan harga makanan RM8.99 di Malaysia, jangan 'convert' sebab memang itu standard makanan disini) dan anda boleh makan seperti di hotel bertaraf 3-4 bintang. Cumanya, air perlu dibayar asing kerana mungkin disitu terdapat keuntungan restoren.
Suami termenung panjang kerana kenyang, Alhamdulillah nikmat rezeki yang Allah bagi.
Menu: Sotong goreng tepung, pasta, nasi goreng telur, daging black pepper, ayam sweet sour, sushi, ayam panggang, popiah sayur, keropok udang, dll.
Gambar kat bawah ni pula ketika kami datang pertama kalinya. Satu fakta menarik di UK terutama di Manchester ialah, orang-orang sini semakin concern dengan konsep Halal dalam Islam kerana ada demand dalam kalangan rakyat dan pelancong. Restoren ini juga kebanyakan menunya Halal, jika tidak, akan diletakkan notis Non Halal di kaunter makanan tersebut.
Sekian untuk kali ini.
Whitworth Park dan musim Summer yang panas
Pertengahan bulan mei menandakan musim yang paling ditunggu rakyat Britain iaitu Summer. Ketika ini subuh sangat awal iaitu jam 2.30 pagi dan maghrib jam 9.30 mlm. Masa yang banyak untuk beraktiviti di luar. Berbeza dengan winter kerana 3.30 ptg dah masuk maghrib jadi kurang waktu untuk aktiviti luar.
Taufiq seronok dapat main atas rumput yang lembut (kat sini tiada pokok semalu, jadi tidak sakit jika pijak tanpa kasut).
Orang-orang disini mengambil kesempatan berpiknik sambil berbaring menikmati panasnya summer. Anak-anak juga tidak perlu lagi memakai jumper/ jaket kerana suhu mencapai 20-21 darjah celcius. Thaqif dan 'Aisy mengejar buih2 sabun yang berterbangan.

Antara fasiliti di whitworth park.
Sekian.
Wednesday, May 14, 2014
Makanan Malaysia tetap di hati =)
Murtabak 2 keping dengan harga 2.5pound
Yang ni pula nasi lemak ayam goreng dan telur rebus separuh dengan harga 3.5pound.
Disini, para surirumah mengambil kesempatan menjual makanan malaysia kepada orang-orang disini. Penghantaran biasanya akan dibuat ke rumah dan itu merupakan salah satu faktor tarikan kepada para pelajar terutama ketika di ambang peperiksaan akhir semester. Menariknya, kos bahan mentah agak murah di Manchester. Contohnya ayam (chicken legs) sekotak boleh dibeli dengan harga 11.99pound (dalamnya boleh dapat 15-18 pieces chicken legs), dan boleh dipotong lagi kepada 2-3 bahagian. Kebiasaanya kami akan simpan stok ayam itu selama seminggu hingga 2 minggu bergantung kepada kekarapan memasak.
Kat bawah ni contoh menu makanan yang kakak-kakak ni buat. Rajin yang amat! yang ni untuk mengumpul dana salah satu program anak-anak di musim cuti persekolahan. Siap ada poster lagi =).

Kat bawah ni pulak nasi ambeng jualan k.shida berharga 4.5 pound. Memang sedap, Subhanallah! 2 kali makan kerana kuantitinya yang banyak. Menurut k.shida, semua bahan didapati daripada kedai Wing Yip (kedai cina) kecuali ikan masin sahaja dibawa dari Malaysia.
Oh ya, jualan biasanya semakin rancak ketika musim peperiksaan. Sehingga ada surirumah yang menjual 3-4 hari dalam seminggu dan membuat penghantaran ke rumah bagi memudahkan adik-adik yang sedang menghadapi peperiksaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)