Alhamdulillah, setelah bekerja di sebuah IPTS selama genap 11 bulan, saya tekad untuk berhenti. Setelah berbincang dengan en.suami dan memikirkan segala Pros dan Cons keputusan kami. Rezeki Allah Maha Luas, Allah permudahkan keputusan kami dengan berita mendapat kuarters pegawai yang hanya RM240 sewa sebulan!
Kami bercadang untuk membuat beberapa pelan:
Pelan A: Saya menghantar tesis dan memohon feloship UKM, diberi tempoh masa 6 bulan untuk mendapat tawaran PHD, kembali semula ke UK dan suami menjaga anak kedua, anak pertama masuk sekolah, dan bila tahun ke 3, suami ulang semula paper MSc beliau. This option is the riskiest!! (If there is such a word)
Pelan B: Saya menghantar tesis, memohon kerja sebagai RO di mana2 institut penyelidikan serta 'strengthen' pengetahuan dan skills analisa statistik menggunapakan FDA method, anak-anak teruskan persekolahan seperti biasa.
Pelan C: Saya menghantar tesis, memohon mengajar di mana2 IPTS yang berdekatan. This is the lowest risk option available. ^^,. Dari aspek kewangan, mungkin ini yang terbaik, namun, dari aspek pengetahuan dan pengasahan skil, yang ini paling kurang peluang untuk berkembang.
Apapun keputusan dan pelan kami, yakinilah bahawa Allah Maha Merancang.."Dan Allah jualah sebaik Perancang..".
Doa yang selalu ku yakini keajaibannya "Jika perkara ini baik untukku, untuk agamaku, untuk masa depanku, maka Dekatkanlah ia, jika sebaliknya, maka jauhkanlah ia dari ku.." (Doa Dhuha)
Wallahua'alam
Berkira hari untuk menghabiskan baki kerja di sini..Moga Allah terus memandu keputusan kami. Amin!