Wednesday, October 15, 2014

Ilmu itu milik Allah s.w.t

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini, kuteruskan perjuangan menyiapkan Master of Philosophy di perpustakaan Bandar Baru Bangi. Entah kenapa, rasa ambiens disini menenangkan dan memberi inspirasi untukku terus berjuang, memahami ilmu yang hanya setitis air di lautan.


Tatkala sedang sibuk memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk dimasukkan dalam tesis, ku melihat dan mengkaji semula buku rujukan uatama masterku. Ternyata BANYAK sangat perkara yang ku masih tak fahami. Subhanallah, walaupun baca berulang kali, namun masih belum difahamai. Ternyata ilmu itu hanya milik Allah. Walau sehebat mana pun IQ kita, walau setinggi mana pun taraf pendidikan kita, semua itu hanya sebahagian dari rencana Allah untuk hambaNya, tak kisahlah dia beriman ataupun tidak.

Sebuah mesej daripada WhatsApp tadi benar-benar menyentak jiwa ini yang selalu merasakan bahawa usaha semata-mata tidak cukup untuk berjaya. Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia sahaja fikirannya sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan campakkan macam-macam penyakit dalam dirinya:
1. Kebingungan yang tiada utus-putus
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya
3. Keperluan yang tidak pernah merasa kecukupannya
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya
[hadith riwayat Muslim]

Subhanallah! Betapa kerdilnya manusia itu, yang dilihat sebagai robot-robot sahaja. Setiap hari memikirkan kerja dan sesuap nasi untuk teruskan hidup, lantas melupaka tujuan asal penciptaan manusia dan tujuan keberadaan di bumi ini: menjadi hamba Allah yang Maha Berkuasa itu!TT